Saturday 29 October 2011

sifir

Inilah yang dinamakan smartboard atau pun Papan Pintar. Papan pintar ini adalah satu alat pendidikan dan program perisian yang membolehkan guru untuk menulis nota atau masalah di papan elektronik dengan hanya menggunakan sentuhan jari sahaja. Ia juga merupakan papan putih yang membolehkan murid dan guru menggunakannya secara serentak dengan bergerak dan menulis maklumat melalui sentuhan semata-mata. Maklumat ini kemudiannya boleh dihantar ke komputer murid atau cakera keras guru untuk mendapatkan maklumat itu di masa akan datang.

Gambar ini pula sedang menunjukkan seorang murid luar negara yang sedang belajar menggunakan papan seratus. Disini lebih dikenali sebagai MMT atau Bahasa Malaysianya...Petak sifir.

Friday 28 October 2011


(Pkp Sksk annie wong. awak taip scribd dan register..disitu awak boleh upload bila dah selesai awak click share dan akan keluar urlnya..copy dan pasti di blog --> design -->add gadget dan html )...kata-kata dalam kurungan tu adalah balasan dari rakan Group Upsi semasa saya ajukan soalan.. "Bagaimana cara untuk memasukkan program sendiri yang dibuat dalam Bentuk Powerpoint ke dalam blog ?" Terima kasih banyak-banyak pada Pkp Sksk sebab bantu saya selesaikan masalah memasukkan program power point menggunakan aplikasi Scribd. Sengaja copy dan paste ayat ni untuk peringatan diri sendiri, kalau-kalau terlupa pula nak buat sekali lagi nanti. Pada kawan-kawan yang mungkin mengalami masalah seperti saya, bolehlah cuba buat.

Friday 21 October 2011

Pembelajaran Nombor bulat berbantukan program powerpoint.

Salam semua. Seperti yang telah cikgu janjikan dulu, Cikgu telah masukkan pembelajaran tentang nombor bulat yang boleh membantu adik-adik berlatih menyebut nombor bermula nombor 1 digit hinggalah nombor 7 digit. Juga ada pembelajaran tentang NILAI TEMPAT dan NILAI DIGIT, MASALAH 4 OPERASI yang melibatkan persamaan beserta latihan. Harap-harap semua ini membantu adik-adik lebih cekap menyebut nombor dan boleh menyatakan dengan spontan NILAI TEMPAT nombor tanpa menghafalnya...Insyallah.


No. Bulat

Thursday 20 October 2011

Masih di topik Nombor bulat.

Hai adik-adik...masih bersama cikgu ? 
Hmm...hari ini rasanya Cikgu masih mahu membincangkan topik nombor bulat kerana cikgu rasa topik ini adalah topik asas yang perlu difahami sedalam-dalamnya sebelum bergerak kepada unit seterusnya. Berdasarkan pengalaman cikgu, kelemahan murid dalam topik ini menjadikan mereka sangat lemah menguasai soalan-soalan mudah yang kadang kala tidak melibatkan sebarang operasi. Lebih teruk, soalan-soalan mudah inilah sebenarnya yang mampu membantu mereka mendapatkan markah yang lebih baik dan mencapai tahap lulus bagi mereka yang sentiasa mendapat gred D dalam Matematik. Contohnya : 

1. Apakah nilai digit 3 dalam nombor 43 205 ?
2. 1 472 575 Nyatakan nilai tempat bagi nombor yang bergaris.
3. Bundarkan kepada puluh ribu terdekat bagi nombor berikut 4 089 756.

Bagi murid cemerlang, perkara seperti ini tidak mendatangkan masalah kepada mereka. Tetapi bagaimana dengan yang lemah. So...bagi adik-adik yang bakal mengambil peperiksaan UPSR tahun hadapan, bolehlah menonton video yang cikgu post dahulu sebagai permulaan. Insyallah, cikgu akan masukkan latihan menyebut nombor menggunakan perisian powerpoint yang boleh adik-adik cuba. 


Bagi rakan-rakan guru-guru yang mengajar Matematik Tahun 6, atau ibu bapa yang mempunyai anak Tahun 6 di tahun hadapan, saya berharap 'entry' ini serba sedikit dapat membantu anda dalam membimbing mereka cemerlang Matematik.

Wednesday 19 October 2011

Pogram Sempena Sifar Ponteng


Murid-murid perempuan sedang tekun menyiapkan lukisan logo ciptaan mereka.


Murid lelaki yang juga mempunyai persaingan hebat, sedang tekun mencipta logo masing-masing.



Ini adalah sebahagian antara gambar lukisan pemenang peraduan mencipta logo sempena Program Sifar Ponteng

Tuesday 18 October 2011

Nombor bulat Tahun 6

Mari mengulangkaji Matematik Tahun 6... Unit asas nombor bulat.
Bagaimana cara menulis nombor dari perkataan dan sebaliknya dengan baik.

Saturday 15 October 2011

Rehatkan minda..

Nampak macam tak ada makna je video ni kan...tapi sebenarnya ia boleh dijadikan sebagai set induksi atau penutup pengajaran...CARANYA : minta murid bilang jumlah haiwan yang disebutkan dalam lagu tersebut ( TAHUN 1 )He..he...hanya 1 alternatif lain bagi mereka yg kematian idea...

Pengenalan pada guru yang penuh didikan tersirat..

Antara video yang sangat aku suka dan penuh pengajaran...sila pause radio sementara, jika anda ingin menonton video klip ini...

Monday 3 October 2011

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya.....pandangan anda dialu-alukan.