Thursday, 6 September 2012
POLIGON
Lama tak update entry....kali ni rasanya nak post kemahiran mengingat nama-nama poligon...
Adik-adik boleh lihat nama- nama poligon seperti dibawah
5 PEN
6 HEKS
7 HEPT
8 OK
KENAPA CIKGU TULIS NAMA PENDEK DAHULU...SUPAYA ADIK-ADIK SEMUA MUDAH UNTUK HAFAL...CARANYA
Jika diperhatikan...abjad hujung iaitu N S T adalah abjad berturutan dalam susunan bacaan ABC maka sebab itu murid perlu menghafal nama pendek sahaja kerana semua perkataan belakang lebih kurang sama.
PENTAGON = 5 SISI
HEKSAGON = 6 SISI
HEPTAGON = 7 SISI
OKTAGON = 8 SISI
Kecuali untuk poligon 8 sisi...huruf O adalah kunci hafalan kerana membawa maksud bulan OGOS..
SELAMAT MENGHAFAL
Friday, 8 June 2012
Mood exam...SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN SEMESTER 2 SESI 2011/2012 kepada semua guru PJJ terutama kumpulan UPSI02 dan PAHANG01
Sunday, 11 December 2011
soalan-soalan kertas 2
Mari cuba jawab soalan-soalan kertas di bawah. Jawapan telah cikgu sediakan. Adik-adik cuma perlu mencari jalan penyelesaian
Berehat sebentar
Bagi adik-adik yang berjawatan pengawas di sekolah, boleh lihat entry cikgu berkenaan kedudukan bendera di bawah. Maklumat ini cikgu dapat semasa kursus LDP dahulu. Semoga gambaran ini memberi manfaat. Jangan pasang bendera ikut suka sahaja di sekolah ye...
PERATUS
Mari belajar peratus
Cara mudah menyelesaikan peratus ialah menggunakan kaedah MANSUH. Pastikan adik-adik cekap sifir supaya kaedah memansuh lebih cepat dan mudah.
Antara soalan-soalan yang kerap keluar dalam kertas 1. Adik-adik perlu membuat rajah seperti berikut supaya soalan masalah lebih mudah difahami.
A maksud di situ ialah gaji Lina sebulan. B maksudnya belanja, XB maksudnya tidak belanja. Rajah ringkasan tersebut bertujuan untuk kita memahami bahawa maklumat soalan tersebut saling berkait dan diguna pakai untuk soalan yang sama tetapi perkara yang dimahukan adalah berbeza.
TOPIK 2D DAN 3D
Mari mengenal nama, perimeter dan luas dan apa sahaja topik berkenaan 2D dan 3D yang biasanya keluar dalam soalan UPSR.
Ini adalah nama-nama bagi bentuk 2D
Ini pula adalah nama-nama bagi bentuk 3D
Pernah tak adik-adik melihat kotak yang dibuka dan dibentang menjadi satu hamparan ? Apabila sesuatu bentuk 3D dibuka dan dibentang ianya akan jadi seperti bentangan di bawah..
Mencari luas seringkali menjadi masalah kepada murid kerana keliru dengan perimeter. Perhatikan perbezaan antara perimeter dan luas di bawah
Berikut adalah rumus bagi bentuk 2D
Bagaimana caranya untuk mengecam garisan p dan l ? Mudah sahaja. Adik-adik perlu melukis segiempat kecil di antara dua garisan yang lurus ( bukan di lukis secara serong ). Perhatikan gambar di bawah.
Bolehkah adik-adik mengecam 2 garisan yang lurus ?
Jangan bimbang, adik-adik akan terbiasa dan boleh mengecam garisan tersebut jika membuat latihan pengecaman dengan kerap.
Seterusnya, di bawah ialah kedudukan paksi simetri pada bentuk 2D. Paksi simetri mesti dilukis melalui pusat bentuk ( titik tengah ). Paksi Simetri ialah garisan lipatan yang membahagikan bentuk kepada 2 bahagian yang sama bentuk dan keluasan.
Ok...ini sahaja entry kali ini. Semoga apa yang dipaparkan mendatangkan manfaat kepada semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)