Sunday, 11 December 2011
soalan-soalan kertas 2
Mari cuba jawab soalan-soalan kertas di bawah. Jawapan telah cikgu sediakan. Adik-adik cuma perlu mencari jalan penyelesaian
Berehat sebentar
Bagi adik-adik yang berjawatan pengawas di sekolah, boleh lihat entry cikgu berkenaan kedudukan bendera di bawah. Maklumat ini cikgu dapat semasa kursus LDP dahulu. Semoga gambaran ini memberi manfaat. Jangan pasang bendera ikut suka sahaja di sekolah ye...
PERATUS
Mari belajar peratus
Cara mudah menyelesaikan peratus ialah menggunakan kaedah MANSUH. Pastikan adik-adik cekap sifir supaya kaedah memansuh lebih cepat dan mudah.
Antara soalan-soalan yang kerap keluar dalam kertas 1. Adik-adik perlu membuat rajah seperti berikut supaya soalan masalah lebih mudah difahami.
A maksud di situ ialah gaji Lina sebulan. B maksudnya belanja, XB maksudnya tidak belanja. Rajah ringkasan tersebut bertujuan untuk kita memahami bahawa maklumat soalan tersebut saling berkait dan diguna pakai untuk soalan yang sama tetapi perkara yang dimahukan adalah berbeza.
TOPIK 2D DAN 3D
Mari mengenal nama, perimeter dan luas dan apa sahaja topik berkenaan 2D dan 3D yang biasanya keluar dalam soalan UPSR.
Ini adalah nama-nama bagi bentuk 2D
Ini pula adalah nama-nama bagi bentuk 3D
Pernah tak adik-adik melihat kotak yang dibuka dan dibentang menjadi satu hamparan ? Apabila sesuatu bentuk 3D dibuka dan dibentang ianya akan jadi seperti bentangan di bawah..
Mencari luas seringkali menjadi masalah kepada murid kerana keliru dengan perimeter. Perhatikan perbezaan antara perimeter dan luas di bawah
Berikut adalah rumus bagi bentuk 2D
Bagaimana caranya untuk mengecam garisan p dan l ? Mudah sahaja. Adik-adik perlu melukis segiempat kecil di antara dua garisan yang lurus ( bukan di lukis secara serong ). Perhatikan gambar di bawah.
Bolehkah adik-adik mengecam 2 garisan yang lurus ?
Jangan bimbang, adik-adik akan terbiasa dan boleh mengecam garisan tersebut jika membuat latihan pengecaman dengan kerap.
Seterusnya, di bawah ialah kedudukan paksi simetri pada bentuk 2D. Paksi simetri mesti dilukis melalui pusat bentuk ( titik tengah ). Paksi Simetri ialah garisan lipatan yang membahagikan bentuk kepada 2 bahagian yang sama bentuk dan keluasan.
Ok...ini sahaja entry kali ini. Semoga apa yang dipaparkan mendatangkan manfaat kepada semua.
Monday, 14 November 2011
Inilah Sesi Makroteaching saya. Ini baru set induksi dan perkembangan pengajaran Fasa 1. Saya merakamkan sesi makroteaching ini hanya menggunakan telefon. Masalahnya video yang dirakam dari telefon tersebut tidak begitu jelas. Oleh kerana pengajaran ini sudah kali yang ketiga saya cuba lakukan, saya mengambil keputusan untuk meneruskannya sahaja kerana sesi pengajaran yang pertama menggunakan kamera ( mikroteaching yang telah pun saya hantar ) mengalami pencahayaan yang tidak stabil hingga menjadikannya sangat terang dan tidak nampak apa yang saya tulis di white board.
Kali kedua, saya merakamkannya juga dengan kamera ( kamera lain dari yang pertama ), habis hingga 60 minit rakaman, bila dilihat, rakan saya baru sedar bahawa video tersebut tidak ada suara. Ya Allah sungguh menduga kesabaran. Murid saya juga seperti sudah lali dengan rakaman dan terpaksa berhadapan dengan rakaman yang sama.
Oleh kerana kesibukkan tugas hujung tahun serta ramai guru yang keluar berkursus, saya tidak berkesempatan untuk merakamkan sesi pengajaran kerana menggantikan tugas guru keluar dari satu kelas ke satu kelas. Ditambah dengan kesibukkan persediaan untuk program Hari Ucapan dan Penyampaian hadiah, maka sesi rakaman hanya mampu saya jalankan di minggu-minggu hujung persekolahan. Maka saya terpaksa meneruskan rakaman walaupun saya dapati rakaman tidak berapa jelas.
Mohon rakan-rakan yang melihat video ini untuk memberikan komen selain dari kejelasan visualnya ye....terima kasih.
Monday, 31 October 2011
Analisa data maklumat dan analisa swot
View more presentations from smklunas2011
Subscribe to:
Posts (Atom)