Thursday 20 October 2011

Masih di topik Nombor bulat.

Hai adik-adik...masih bersama cikgu ? 
Hmm...hari ini rasanya Cikgu masih mahu membincangkan topik nombor bulat kerana cikgu rasa topik ini adalah topik asas yang perlu difahami sedalam-dalamnya sebelum bergerak kepada unit seterusnya. Berdasarkan pengalaman cikgu, kelemahan murid dalam topik ini menjadikan mereka sangat lemah menguasai soalan-soalan mudah yang kadang kala tidak melibatkan sebarang operasi. Lebih teruk, soalan-soalan mudah inilah sebenarnya yang mampu membantu mereka mendapatkan markah yang lebih baik dan mencapai tahap lulus bagi mereka yang sentiasa mendapat gred D dalam Matematik. Contohnya : 

1. Apakah nilai digit 3 dalam nombor 43 205 ?
2. 1 472 575 Nyatakan nilai tempat bagi nombor yang bergaris.
3. Bundarkan kepada puluh ribu terdekat bagi nombor berikut 4 089 756.

Bagi murid cemerlang, perkara seperti ini tidak mendatangkan masalah kepada mereka. Tetapi bagaimana dengan yang lemah. So...bagi adik-adik yang bakal mengambil peperiksaan UPSR tahun hadapan, bolehlah menonton video yang cikgu post dahulu sebagai permulaan. Insyallah, cikgu akan masukkan latihan menyebut nombor menggunakan perisian powerpoint yang boleh adik-adik cuba. 


Bagi rakan-rakan guru-guru yang mengajar Matematik Tahun 6, atau ibu bapa yang mempunyai anak Tahun 6 di tahun hadapan, saya berharap 'entry' ini serba sedikit dapat membantu anda dalam membimbing mereka cemerlang Matematik.

No comments:

Post a Comment